top of page
4.jpg

AKTIVITI KELAB

AKTIVITI TAHUN 2023

MAC 2023_1.jpg

28 Feb - 2 Mar 2023

Selangor Juniors and Archery Championship siri 01/2023
Anjuran NAAM and Selangor State Sports Council (SELAR)

Bertempat di Kompleks Memanah MSN Nilai, Negeri Sembilan

​

Pencapaian

MOHAMAD AMSYAR HAFIZ Mohamad Amin - Gold medal Olympic Round kategori Recurve U21

IRDINA SYAHIRAH Shahrir - 4th place Olympic Round kategori Recurve U21

​

4 Mei 2023.jpg

29 April - 1 Mei 2023

KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA WIRA SIRI 1 2023

Mohamad Amsyar Hafiz Mohamad Amin (RM Open)
- Tempat Pertama QR
- Tempat Pertama OR
Jeslynn Kaur Rajinder Singn (RW Open)
- Tempat Pertama OR
- Tempat Kedua QR
Hadira Hisham (CW Open)
- Tempat Pertama OR
- Tempat Kedua QR
Muhamad Zufar Abdullah (RM U15)
- Tempat ketiga QR
Irdina Syahirah Shahrir (RW Open)
- Tempat Keempat QR
- Tempat Keempat OR
Muhamad Iman Hariz Muhamad Izwan (RB U12)
- Tempat Kelima QR

JUN 2023.jpg

10-12 Jun 2023

Kursus Asas Kejurulatihan Memanah Siri 7 Tahun 2023 Peringkat WP Putrajaya

Dikelola oleh PUTRA ARCHERY CLUB
Tempat: SMK Putrajaya Presint 14(1)
Terima kasih diucapkan kepada:
Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM).
Persatuan Memanah Putrajaya (PMPj).
Jabatan Pendidikan WP Putrajaya.
SMK Putrajaya Presint 14(1).
SK Putrajaya Presint 14(1)
Excella Proshop.
Rakan Strategik.
Jawatankuasa Pelaksana Kursus.
Peserta
Dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

AKTIVITI TAHUN 2022

Aktiviti: Text
Aktiviti: Welcome
Aktiviti: Classes
WhatsApp Image 2022-07-05 at 8.55.19 AM.jpeg

PENYERTAAN DI KARNIVAL BAKAT SUKAN WILAYAH x LIGA WIRA SIRI 4

2 & 3 JULAI 2022 - Seramai 38 pemanah Recurve & Barebow PAC telah bertanding dalam Karnival Bakat Sukan Wilayah x Liga WIRA Siri 4 yang diadakan di Kuala Lumpur. Chief De Mission bagi team PAC kali ini adalah Puan Nurultiah Gudin.

​

6 orang pemanah telah berjaya meloloskan diri ke pusingan kalahsingkir. Mohd Saharuddin & Noradiladeeja telah berjaya menjadi johan bagi kategori Barebow Men & Barebow Women. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan teruskan latihan sehingga berjaya diucapkan buat semua ahli PAC.

Aktiviti: Image

PENYERTAAN ATLET PAC KE LIGA MEMANAH WIRA 2022

Persatuan Memanah Wilayah Persekutuan (WIRA) telah menganjurkan Liga Memanah WIRA 2022 secara remote scoring yang melibatkan 9 buah kelab di bawah naungan WIRA. Bagi menyahut jemputan tersebut, PAC turut menghantar atlet memanah PAC menyertai kejohanan ini. PAC telah menyelaras aktiviti scoring diadakan di PLD Putrajaya Presint 14.

​

Setakat ini 2 sesi liga telah dilaksanakan iaitu Siri Pertama pada 26 & 27 Februari 2022 dan Siri Kedua diadakan pada 26 & 27 Mac 2022. Seramai 24 orang pemanah PAC telah menyertai pertandingan ini untuk siri 2.

​

​

WhatsApp Image 2022-03-28 at 10.44.17 AM.jpeg
Aktiviti: About
WhatsApp Image 2022-02-21 at 09.59.08.jpeg

TEAM PAC MEWAKILI PUTRAJAYA UNTUK ACARA RECURVE DALAM KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 1/2022

8 - 13 FEB 2022 - Seramai 21 ahli PAC telah disenaraikan sebagai team recurve yang mewakili Putrajaya dalam Kejohanan Memanah Kebangsaan kali ini yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang di Bangi. 8 orang pemanah Recurve Man, 8 orang pemanah Recurve Woman & 5 orang pegawai telah bersama-sama menggalas cabaran Putrajaya.

​

2 orang pemanah RM & kesemua 8 pemanah RW berjaya meneruskan saingan ke pusingan Kalah Singkir. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga buat semua pemanah kerana dapat bertanding dengan pemanah terbaik seluruh negara.

Aktiviti: Image

SESI PERBINCANGAN BERSAMA MAJLIS SUKAN PUTRAJAYA

25 Jan 2022 - Satu sesi perjumpaan antara wakil PUTRA Archery Club dengan Majlis Sukan Putrajaya (MSPj) telah diadakan di pejabat MSPj di Putrajaya.


PAC telah diwakili oleh Encik Mohd Mahfuz Isa. Sesi tersebut telah memberi peluang kepada PAC untuk berkongsi aspirasi kelab dengan pihak MSPj dalam membangunkan sukan memanah di WP Putrajaya khasnya.


Terima kasih kepada MSPj atas kesudian menerima kunjungan PAC. Semoga jalinan kerjasama antara PAC dan MSPj akan dapat mengukuhkan lagi pembangunan sukan memanah di Putrajaya.

WhatsApp Image 2022-01-25 at 16.12.02.jpeg
Aktiviti: About
WhatsApp Image 2022-01-21 at 16.40.48.jpeg

LATIHAN PRA-KEJOHANAN SIRKIT KEBANGSAAN 2022 UNTUK ATLET PUTRAJAYA

15 Januari 2022 - Beberapa siri latihan pra-kejohanan telah diadakan dan dikendalikan oleh PAC bagi membantu atlet-atlet yang akan mewakili Putrajaya ke Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan 2022. PAC telah diberikan kepercayaan oleh Persatuan Memanah Putrajaya untuk menyelaras atlet recurve dan compound ke kejohanan itu nanti. Semoga semua atlet Putrajaya yang akan menyertai Sirkit Kebangsaan ini kelak akan beroleh pengalaman yang berharga.

Aktiviti: Image

AKTIVITI TAHUN 2021

Aktiviti: Text
WhatsApp Image 2021-12-05 at 08.26.20.jpeg

PENYERTAAN ATLET PAC KE KARNIVAL SUKAN BAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

4 & 5 Disember 2021 - PAC turut menghantar penyertaan ke kejohanan memanah sempena Karnival Sukan Bakat Wilayah Persekutuan yang dianjurkan oleh WIPERS di Pusat Sukan UPM, Serdang. Seramai 17 peserta yang terdiri daripada Ahli Remaja PAC telah membawa panji PAC ke temasya itu yang telah menyertai acara U18, U15, U12 & U10.

​

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua Atlet yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Tahniah juga buat Atlet yang berjaya memperoleh pingat. Terima kasih juga kepada semua ibubapa Ahli Individu Kelab & barisan Jurulatih yang telah memberikan sumbangan & sokongan kepada team PAC sepanjang acara ini berlangsung.

​

Anda semua memang TERBAIK!

Aktiviti: Image
Gambar Backdrop.jpg

MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA

PUTRA ARCHERY CLUB

27 November 2021 - PAC telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agong Kali Pertama setelah kelab ini diluluskan penubuhannya oleh Pesuruhjaya Sukan pada Disember 2020 yang lalu. Ini juga merupakan satu pencapaian kerana MAT telah dapat dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kelulusan penubuhan selaras dengan arahan PJS.

​

Mesyuarat ini telah diadakan secara atas talian dan telah disertai oleh hampir 30 orang ahli. Dengan penganjuran Mesyuarat Agong ini, maka Jawatankuasa Penaja telah pun secara rasminya dibubarkan bagi memberikan kuasa kepada ahli kelab untuk memilih Jawatankuasa Kelab yang akan menerajui kelab bagi tempoh 2021 - 2023.

​

Terima kasih kepada semua ahli kelab yang telah bersama-sama menjayakan mesyuarat ini dan tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Kelab yang baru dilantik.

Aktiviti: Image
WhatsApp Image 2021-11-21 at 11.19.20 (2).jpeg

BENGKEL ASAS STATISTIK MEMANAH IANSEO.NET

20 November 2021 - Bengkel Asas Statistik Memanah ianseo.net telah berjaya dianjurkan oleh PAC bagi memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada peserta mengenai cara-cara menguruskan statistik memanah menggunakan aplikasi ianseo.net.​

​

Seramai 20 ahli PAC telah mendaftar untuk menyertai bengkel ini. PAC amat berbesar hati kerana dapat menjemput Cikgu Khairul Izzuddin Zaini & Cikgu Ikhwan Hafizi Muhamad Shaidi untuk menjadi fasilitator dalam bengkel ini. Sudah pastinya pengalaman kedua-dua fasilitator ini dalam mengendalikan ianseo.net di samping merupakan National Judge & NAAM Coach Level 1, amat berguna untuk dikongsikan bersama para peserta.

​

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua peserta bengkel yang telah mengikuti bengkel ini dengan penuh semangat dan tekun. Semoga ilmu yang diperoleh dapat membantu PAC dalam pengurusan statistik ianseo kelak!

Aktiviti: Image

PROGRAM TAKLIMAT PERSEDIAAN MENYERTAI SUKAN PARLIMEN (SUKPAR) TERTUTUP WILAYAH PERSEKUTUAN 2021

28 Oktober 2021 - PAC sekali lagi menganjurkan sesi taklimat mengenai pelaksanaan Sukan Parlimen (SUKPAR) 2021 Tertutup Wilayah Persekutuan buat Ahli Kelab yang berminat. Seramai 25 orang ahli kelab telah menjayakan sesi ini.

​

Program dimulakan dengan perutusan Presiden Penaja, Cikgu Mahfuz Isa dan diikuti sesi taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Faiz Damanhuri, EXCO Penaja Biro Teknikal & Pertandingan PAC.


Semoga program ini bermanfaat buat semua ahli kelab dan selamat maju jaya buat ahli yang akan bertanding!

g1.jpg
Aktiviti: Image
WhatsApp Image 2021-09-09 at 09.36_edited.jpg

AKTIVITI PENYEDIAAN T-SHIRT RASMI PAC EDISI 2021/2022

SEPTEMBER 2021 - PAC telah menyediakan rekabentuk baju t-shirt rasmi yang akan digunakan sebagai jersi atlet, pegawai & ibubapa dalam kejohanan yang akan disertai oleh PAC. T-Shirt ini adalah merupakan salah satu wadah untuk menyatupadukan semua ahli kelab. T-shirt ini akan mula dibuka untuk tempahan sedikit masa lagi. Klik butang di bawah untuk maklumat lanjut tentang t-shirt ini.

Aktiviti: About
WhatsApp Image 2021-09-26 at 17.25.28 (1).jpeg

PENYERTAAN ATLET PAC DALAM WIRA REMOTE SCORING 2021

(25 & 26 September 2021) - Persatuan Memanah Red Arrow Kuala Lumpur (WIRA) telah menganjurkan Kejohanan  WIRA Remote Scoring 2021 yang dilaksanakan di tempat masing-masing selaras dengan perintah kawalan pergerakan bagi membendung pandemik COVID-19. Ada yang menyertainya dari rumah dan ada juga dari kawasan lapang dengan mematuhi SOP secara ketat.

​

Seramai ahli PAC yang turut menyertai pertandingan kali ini. Format kejohanan kali ini adalah sebanyak 4 round dengan 120 anak panah perlu dilepaskan. Majoriti pemanah adalah dari kategori recurve namun ada juga yang menyertai kategori compound dan barebow.

​

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua pemanah PAC yang menyertai kejohanan kali ini. Semoga ia membantu meningkatkan prestasi anda!

Aktiviti: Image

PROGRAM TAKLIMAT PERSEDIAAN MENYERTAI WIRA REMOTE SCORING 2021

23 September 2021 - PAC telah menganjurkan sesi taklimat buat Ahli Kelab yang ingin mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan WIRA Remote Scoring yang akan diadakan pada 25 & 26 September 2021 nanti. Seramai 35 orang ahli kelab telah bersama-sama dalam sesi ini.


Program dimulakan dengan perutusan Presiden Penaja yang diwakilkan oleh Timbalan Presiden Penaja PAC iaitu Dr. Muhammad Amin Abu Bakar. Antara intipati ucapan beliau adalah tentang sejarah penubuhan kelab ini di samping manfaat yang boleh diperoleh dengan menjadi ahli kelab ini. 


Seterusnya, sesi taklimat disampaikan oleh Cikgu Mohd Faiz Damanhuri yang juga EXCO Penaja Biro Teknikal & Pertandingan PAC. Semoga program ini bermanfaat buat semua ahli kelab dan selamat maju jaya buat ahli yang akan bertanding!

Slide2.JPG
Aktiviti: Image
WhatsApp Image 2021-09-10 at 20.51.20.jpeg

PROGRAM PENERANGAN PENYEDIAAN VIDEO KEMAHIRAN MSSWP 2021

10 September 2021 - Putra Archery Club (PAC) telah menganjurkan program penerangan penyediaan video kemahiran memanah sempena Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah WP Putrajaya (MSSWP) bagi tahun 2021 pada secara atas talian. Majlis ini merupakan program taklimat pertama yang dianjurkan oleh Kelab ini.

​

Penerangan telah disampaikan oleh Cikgu Mohd Mahfuz Mohd Isa, Pengerusi Teknikal & Pembangunan Sukan Memanah, Jabatan Pendidikan WP Putrajaya

​

PAC amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh 65 orang peserta yang bersama-sama dalam program ini. Semoga anak-anak yang terlibat dalam pertandingan tersebut memperoleh manfaat daripada program yang dilaksanakan ini.

​

Aktiviti: About

PENYERTAAN ATLET PAC KE SELANGOR JUNIOR REMOTE SCORING

(Mulai Ogos 2021) - Memandangkan pandemik yang masih belum reda, kejohanan memanah diadakan secara remote scoring iaitu pemanah memanah di lokasi sendiri. Syabas kepada Persatuan Memanah Selangor (SELAR) kerana menganjurkan pertandingan ini bagi membolehkan pemanah terus berlatih walaupun perlu tinggal di rumah. Kejohanan ini dijalankan setiap hujung minggu. Tahniah dan syabas diucapkan buat semua pemanah PAC khasnya dan semua pemanah dari Putrajaya amnya!

sjwk2.jpg
Aktiviti: Video

MESYUARAT PROTEM PAC PERTAMA DALAM MUSIM PKPB

(6 Disember 2020) - Mesyuarat Protem PAC tetap diteruskan secara atas talian memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat masih lagi berkuatkuasa. Beberapa perkembangan mengenai permohonan pendaftaran penubuhan Kelab dibincangkan dalam mesyuarat kali ini. Doakan semoga penubuhan KELAB MEMANAH PUTRA ini dapat direalisasikan dengan segera dan semoga sukan memanah kembali dibenarkan untuk dilaksanakan.

7.jpg
Aktiviti: Video

LATIHAN PUSAT BAGI PEMILIHAN PASUKAN SUKMA WILAYAH PERSEKUTUAN

(28 Mac 2021) - Team PAC turut menghantar pasukan untuk menyertai sesi pemilihan ini yang dianjurkan oleh Persatuan Memanah Red Arrows Wilayah Persekutuan di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur yang terdiri daripada 8 orang atlet & 6 orang pegawai.  Syabas atas penyertaan semua atlet & pegawai!

Aktiviti: Video

©2021 by PUTRA Archery Club, Putrajaya.

bottom of page